CARA MOHON DOS PENGGALAK UNTUK UMRAH

KUALA LUMPUR: Individu yang ingin memohon dos penggalak untuk tujuan umrah boleh melakukan perkara tersebut melalui MySejahtera.

Berdasarkan perkongsian Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), pemohonan boleh dibuat melalui ciri ‘helpdesk’ di aplikasi berkenaan.

Selepas ke ciri ‘helpdesk’ pemohon perlu tekan butang mula dan pilih janji temu vaksinasi penggalak.

Kemudian pemohon perlu menekan butang ‘Saya perlu ke luar negara untuk urusan perniagaan/umrah’.

Pemohon selepas itu akan diminta untuk mengisi id pengguna MySejahtera dan nombor kad pengenalan.

Untuk rekod, Arab Saudi mensyaratkan penerima vaksin Sinovac untuk mengambil dos penggalak daripada jenis Pfizer dan AstraZeneca yang diiktiraf di negara ini. – AlHijrah Online

Leave a Reply