Category Archives: LAPORAN KHAS

TV ALHIJRAH LUAR BIASA, MENONGKAH ARUS DEPANI CABARAN

Oleh: Ardi Herman Mohd Mardzi 2020 YANG TIDAK DIDUGA 1 Muharam 1442 Hijrah lalu, stesen TV Islam tanah air, TV AlHijrah mencapai usia 10 tahun. Sedekad yang memuatkan pelbagai kisah suka duka, jatuh bangun, dan tidak terkecuali kontroversi yang terpalit. Tidak dilupakan siri anugerah dan pengiktirafan sebagai menterjemah prestasi. Cabaran lebih getir rupa-rupanya muncul tatkala industri media tempatan bahkan di

Read more

BANJIR KILAT: RAKUS KEJAR PEMBANGUNAN, HAK ALAM SEKITAR TERPINGGIR

KUALA LUMPUR: Surah Ar-Rum, ayat 41 adalah ayat Allah yang memperingatkan hambanya bahawa bala bencana dan kebinasaan yang terjadi di muka bumi adalah angkara tangan-tangan manusia sendiri. Malah ayat berkenaan diturunkan agar manusia menginsafi akan perbuatannya merosakkan alam dan isinya sebelum kembali bertaubat. Kurang seminggu lalu, sebahagian ibu negara dilanda banjir kilat lagi. Gambar-gambar dan video-video air melimpah dari sungai,

Read more

YAMAN: PERANG DALAM PERANG, KEMISKINAN DALAM KEMISKINAN

Adilah Mohamed Thabit dari Makbana, Taiz, kelihatan seperti wanita tipikal lain di Yaman yang memakai abaya dengan niqab dan hanya menampakkan matanya kepada mana-mana lelaki yang memandang. Di sebalik niqab yang menyembunyikan wajah Adilah, tiada pihak yang dapat menduga keadaan emosi ibu tunggal sepuluh anak itu, yang menjadi mangsa konflik perang saudara di Yaman sejak Mac 2015. Malah sekali pandang,

Read more

SEBAK, SYUKUR IRINGI LAUNGAN AZAN DI HAGIA SOPHIA

Allahu Akbar! Dunia Islam meraikan keputusan mahkamah tertinggi Turki yang membuat ketetapan tentang Hagia Sophia, sebuah monumen gah di Istanbul berusia hampir 1,500 tahun. Selepas 86 tahun berfungsi sebagai muzium, ia kini kembali kepada status sebelumnya, iaitu sebuah masjid agung. Pengumuman terbaharu tentang Hagia Sophia dibuat Recep Tayyip Erdogan dan disambut penuh gembira, terharu dan syahdu dalam kalangan umat Islam,

Read more

PEMANDU MABUK HANYA BOLEH DIHUKUM DENGAN ‘POLITICAL WILL’

Oleh Finaz Yunus Sembilan maut akibat dilanggar pemandu mabuk! Angka menggemparkan itu dicatatkan daripada 22 kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk bagi tempoh lima bulan pertama 2020 berbanding 23 kes direkodkan sepanjang tahun lalu. Jika kita lihat beberapa tahun kebelakangan ini, reaksi rakyat terhadap angka kematian akibat pemandu mabuk tidak sekuat (baca: semarah) ini. Tahun 2020 bukan sahaja melepaskan amarah dan

Read more

KEJAR POPULARITI ATAU BERBAKTI?

Oleh Finaz Yunus Kenapa setiap kali figura popular turun padang membantu golongan asnaf, ia bukan hanya tular tetapi mengundang reaksi netizen tentang siapa watak protagonis dan antagonis. Dengan kata lain siapa hero atau siapa penjahat (baca: tidak buat kerja). Apa yang dimaksudkan dengan dua watak ini? Jika kalian membaca ruangan komen, kalian akan mendapati ada dua reaksi atau pandangan netizen.

Read more

TV ALHIJRAH KEKAL SALURAN ISLAMIK NO. 1 NEGARA KETIKA PKP, PKPB

KUALA LUMPUR: AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) kekal sebagai saluran Islamik nombor satu negara ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan menguasai syer saluran telesiyen Islamik melebihi tiga kali ganda berbanding saluran Islamik, demikian menurut data Nielsen Media Research. Antara resepi penguasaan syer saluran Islamik ialah penyediaan kandungan TV bersumberkan al-Quran yang diterima ramai

Read more

TV ALHIJRAH SAJI KEMPEN SYAWAL MENYATU HATI SEMPENA AIDILFITRI

KUALA LUMPUR: Kekangan penularan COVID-19 tidak menghalang AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) untuk terus menyantuni audiens penonton dengan pendekatan inklusif dan kreatif menepati norma baharu Malaysia. Malah TV AlHijrah terus ke depan dalam merencana programnya sepanjang tempoh  pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu hinggalah ke Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memenuhi kehendak penonton setianya. Ketua Pegawai

Read more

WORLD #QURANHOUR BERIMPAK TINGGI DISIARKAN EMPAT STESEN TV

KUALA LUMPUR: Edisi kelima World #QuranHour yang disiarkan secara langsung dari Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah hari ini disifatkan sebagai berimpak tinggi meskipun tidak dianjurkan secara besar-besaran seperti tahun-tahun sebelumnya. Ini kerana program penghayatan al-Quran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas itu disiarkan secara meluas di platform televisyen dan digital TV AlHijrah selain turut disiarkan stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV

Read more
« Older Entries