KUALA LUMPUR: Menyedari situasi kritikal di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) meneruskan operasi penyiaran dengan mengehadkan petugas, melaksanakan proses kerja dari rumah dan mengawalkan bayaran gaji.
Langkah ini diambil pengurusan TV AlHijrah bagi memastikan operasi penyiarannya, juga sektor kritikal yang perlu diteruskan di bawah perintah kawalan pergerakan kerajaan untuk mengekang penularan COVID-19, tanpa mengenepikan kebajikan 230 kakitangannya.
Kumpulan pekerja yang berisiko seperti ibu mengandung dan mereka yang berusia diberikan pelepasan sejak semalam, selain pelajar latihan industri juga diberikan cuti bagi mematuhi arahan kerajaan dalam mendepani detik genting dilalui negara ketika ini.
“Our staff safety is our priority,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris kepada AlHijrah Online melalui whatsapp, aplikasi yang kini menjadi medium utama komunikasi semua pihak.
Penyiaran adalah bidang kritikal yang perlu beroperasi bagi memastikan warga Malaysia terus mendapat informasi yang sahih dari sumber kerajaan ketika kita berdepan dengan wabak berita palsu yang menyulitkan keadaan.
“Kita meneruskan operasi seperti mana yang ditetapkan kerajaan tetapi kita mengehadkan kontak dengan mengambil langkah-langkah tertentu seperti meminimumkan staf bertugas, khususnya di bilik berita.
“Kita juga menghentikan penggambaran ketika perintah kawalan pergerakan ini berkuatkuasa bagi bersama-sama membendung penularan wabak COVID-19. Kita tidak akan ambil sebarang risiko,” tegas Namanzee.
Ketika ini, hanya program berita dan Assalamualaikum di bawah Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa (NCA) dengan bilangan petugas minimum diteruskan dengan tujuan memberikan informasi kepada rakyat Malaysia, khususnya penonton AlHijrah di dalam dan luar negara.
Sebahagian besar daripada petugas NCA bertugas dari rumah dengan hanya kelompok kecil petugas antaranya penerbit, editor berita, wartawan dan jurukamera yang bertugas mengikut giliran.
Dalam mendepani situasi sukar COVID-19, bilik berita misalnya memutuskan petugas berisiko tinggi seperti warga emas dan ibu mengandung, tidak dibenarkan ke pejabat, sebaliknya bekerja dari rumah dengan menyumbang tenaga melalui voice over dan membuat kerja-kerja penyuntingan mengikut kesesuaian.
Setiap petugas bilik berita yang bertugas dibekalkan dengan topeng muka, akan diberi pass khas, selain proses keluar dan masuk ke Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur dikawal polis bantuan yang membuat saringan suhu sebelum dibenarkan akses selain penyediaan hand sanitizer.
Pihak pengurusan juga menyediakan makanan tengah hari kepada petugas terbabit bagi menjaga kebajikan kakitangan memandangkan cafe di kompleks pusat Islam terbabit ditutup sepanjang perintah kawalan pergerakan itu.
TV AlHijrah juga akan membayar gaji bulan ini lebih awal pada 20 Mac 2020 (esok) bagi memastikan petugas mempunyai tunai mencukupi untuk kegunaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac depan.
Pihak pengurusan TV AlHijrah bagaimanapun menasihatkan petugas membuat perancangan perbelanjaan sebaik mungkin dalam menghadapi situasi mencabar ini.
“Jangan pula membuat pembelian panik,” demikian seloroh seorang petugas dalam grup whatsapp TV AlHijrah hari ini.
Sepanjang tempoh perintah itu, TV AlHijrah menggunakan aplikasi video-conferencing online untuk berkomunikasi selain menggunakan platform whatsapp sebagai medium utama komunikasi.
“Tempoh ini juga membuka ruang untuk kita gunakan sepenuhnya teknologi sedia ada, malah tim jualan kita juga menumpukan kepada syarikat-syarikat berasaskan perniagaan atas talian,” kata Namanzee optimis tempoh sukar ini akan sama-sama dihadapi rakyat Malaysia, khususnya petugas TV AlHijrah yang berdedikasi.
Namun apa yang penting, semua pihak haruslah mematuhi arahan pihak berkuasa untuk tidak keluar rumah bagi membendung penularan COVID-19 yang kini mengorbankan dua nyawa di Malaysia dengan lebih 790 kes positif direkodkan sehingga semalam.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan langkah drastik itu pada 16 Mac lalu bagi mengelakkan gelombang ketiga COVID-19 yang lebih besar mengancam nyawa rakyat negara ini.
TV AlHijrah juga ingin menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan depan iaitu doktor, jururawat, paramedik, polis dan pihak berkuasa yang lain dalam memastikan hasrat membendung ancaman COVID-19 berjaya ditangani sepenuhnya.
Akhir sekali, kami ini bertugas untuk melindungi anda dari COVID-19 dan yang kami pohon adalah untuk anda tidak keluar rumah. InshaAllah, kita mampu mendepani ujian dari Allah swt ini bersama-sama. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked