Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: 135 PULIH, 45 POSITIF DAN SATU MAUT DIREKODKAN HARI INI

DALAM NEGARA

COVID-19: 135 PULIH, 45 POSITIF DAN SATU MAUT DIREKODKAN HARI INI

PUTRAJAYA: Sebanyak 135 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj dilaporkan hari ini, tiga kali ganda daripada kes baharu disahkan COVID-19 iaitu 45 kes setakat 12 tengah hari, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,702 kes iaitu 73.15 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya bagi jumlah kes positif COVID-19 pula mencatatkan 6,428 kes dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,619 kes dengan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Daripada 45 kes baharu yang dilaporkan hari ini, satu kes import dilaporkan. Ini bermakna kes penularan tempatan adalah sebanyak 44 kes, dengan satu kes telah dikesan daripada kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini, hari ini. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading