Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TIADA CAJ TAMBAHAN ANSURAN SEWA BELI KETIKA MORATORIUM

DALAM NEGARA

TIADA CAJ TAMBAHAN ANSURAN SEWA BELI KETIKA MORATORIUM

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sepanjang tempoh moratorium bagi pembayaran ansuran pinjaman sewa beli (konvensional dan shariah).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pihak kementerian telah mencapai kata sepakat dengan industri perbankan berhubung perkara itu.

Katanya, persetujuan dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan shariah) sepanjang tempoh pembiayaan itu.

“Ini juga bermakna tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium (penangguhan).

“Sehubungan itu, peminjam akan perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma-terma perjanjian dengan bank masing-masing, termasuk tambahan 6 bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium tersebut,” kata Menteri Kewangan itu dalam kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata maklumat lanjut boleh didapati daripada bank masing-masing.

“Kerajaan berharap keputusan ini akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang mencabar ini,” katanya. — AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading