VIRUS NIPAH: KKM LAKSANA SARINGAN BERSASAR KE ATAS PENGEMBARA DARI NEGARA BERISIKO TINGGI
Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan saringan bersasar ke atas pengembara dari negara berisiko tinggi yang tiba di Malaysia, khususnya India dan Bangladesh sebagai langkah awal memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam mencegah penularan virus Nipah.
BANGI: Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan saringan bersasar ke atas pengembara dari negara berisiko tinggi yang tiba di Malaysia, khususnya India dan Bangladesh sebagai langkah awal memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam mencegah penularan virus Nipah.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata langkah itu dilaksanakan di semua pintu masuk antarabangsa negara, dengan sistem pengimbas suhu badan sentiasa diaktifkan bagi mengesan sebarang petunjuk awal seperti demam dalam kalangan pengembara.
“Kami beri tumpuan kepada pelancong yang datang, khususnya dari India dan Bangladesh, yang (dari negara) lain pun kami tak ambil ringan dan mustahaknya saringan bersasar itu telah kami mulakan.
“Tiada laluan khas untuk mereka, andainya ada indikator untuk demam dan sebagainya, kemudian kami akan panggil mereka. Kami berjaga-jaga tapi saringan masih dijalankan di pintu masuk,” katanya selepas Majlis Pelancaran Unit Bergerak Saringan Kesihatan Jantung RHB-IJN di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan RHB (RHB) Datuk Mohd Rashid Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN) Prof Datuk Seri Dr Mohamed Ezani Md Taib.
Dzulkefly berkata pendekatan itu selaras dengan amalan kebanyakan negara ketika ini, dengan langkah saringan disesuaikan berdasarkan penilaian risiko semasa.
Beliau berkata KKM sentiasa berhubung rapat dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memastikan langkah-langkah kawalan yang diambil adalah bersesuaian dan selari dengan perkembangan terkini di peringkat antarabangsa.
Sementara itu, Dzulkefly ketika mengulas mengenai Unit Bergerak RHB-IJN berkata inisiatif itu adalah kerjasama antara RHB dan IJN yang bertujuan memberi perkhidmatan saringan awal penyakit jantung kepada masyarakat.
Beliau berkata melalui kolaborasi itu, RHB membekalkan unit penggerak utama Volvo baharu yang lebih berkuasa dan selamat manakala IJN pula menyediakan unit saringan yang dilengkapi peralatan diagnostik jantung yang canggih.
“Apabila kedua-dua elemen ini disatukan, ia menjadi Unit Bergerak RHB-IJN yang membawa teknologi klinikal yang canggih terus ke pintu rumah rakyat. Kemudahan elektrokardiogram (ECG) dan ekokardiografi (ECHO) kini boleh diakses secara percuma oleh masyarakat luar bandar yang mungkin sukar untuk ke hospital pakar,” katanya.
Beliau berkata di bawah kerjasama strategik bagi tempoh tiga tahun, inisiatif itu akan menyaksikan Unit Bergerak RHB-IJN akan beroperasi di sekurang-kurangnya 12 lokasi setahun di seluruh negara dan menyasarkan impak manfaat kepada lebih 4,000 orang.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.