ISRAEL SERANG KEDUDUKAN HAMAS DI GAZA

GAZA CITY: Rejim Israel hari ini menyerang kedudukan Hamas di wilayah Gaza, demikian lapor agensi berita Anadolu yang memetik sumber tentera.

Tiga menara pemantau di utara dan tengah Gaza milik Briged Izz ad-Din al-Qassam, yang juga sayap tentera Hamas, dibedil tentera Israel.

Tiada laporan kecederaan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Palestin berhubung insiden itu.

Tentera Israel mendakwa serangan itu dilakukan sebagai serangan balas roket yang dilancarkan dari Gaza ke Israel. – Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply