Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: DUA LAGI SEMBUH, JUMLAH DIRAWAT MENURUN KEPADA TUJUH – DZULKEFLY

DALAM NEGARA

COVID-19: DUA LAGI SEMBUH, JUMLAH DIRAWAT MENURUN KEPADA TUJUH – DZULKEFLY

PUTRAJAYA: Jumlah pesakit COVID-19 yang berjaya dipulihkan terus bertambah kepada 15 selepas dua lagi daripada 22 individu yang disahkan positif kluster itu sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang hari ini. 

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kedua-dua kes itu merupakan kes ke-17 dan ke-18 yang disahkan positif dijangkiti COVID-19 pada 9 Feb lepas dengan kedua-duanya dirawat di Hospital Sungai Buloh. 

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga ingin memaklumkan bahawa tiada kes baharu dilaporkan pada hari ini.

“Jumlah kumulatif kes COVID-19 kekal sebanyak 22 kes dengan hanya tujuh kes masih dirawat di hospital,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini COVID-19 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata kementerian tidak akan mengambil mudah dan merasa selesa dengan kejayaan mengurangkan jumlah pesakit yang dijangkiti COVID-19. 

Beliau berkata petugas perubatan perlu peka dan mengambil kira situasi gawat dihadapi Singapura dalam berdepan wabak itu yang mungkin boleh memberi kesan kepada negara. 

“Saya nasihatkan supaya jangan mudah selesa dengan kejayaan menurunkan jumlah pesakit sebab negara di seberang Tambak Johor, iaitu Singapura sedang alami satu kedudukan sedikit gawat sehingga menaikkan tahap respons wabak penyakit kepada jingga.

“Bagi rakyat pula, mereka perlu kekal dengan amalan hidup sihat dan mereka yang mempunyai simptom harus kekal memakai topeng muka bagi mengelak menjangkiti orang lain,” katanya. 

Dzulkefly berkata Malaysia juga akan terus berbincang dengan Singapura mengenai langkah bersama yang boleh diambil bagi menangani penularan COVID-19 termasuk aspek saringan keluar masuk antara kedua-dua negara. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading