Connect with us

ALHIJRAH NEWS

CUAI ATAU SABOTAJ? POLIS SIASAT INSIDEN ROLLER COASTER SUNWAY LAGOON

DALAM NEGARA

CUAI ATAU SABOTAJ? POLIS SIASAT INSIDEN ROLLER COASTER SUNWAY LAGOON

Pihak polis telah merakam keterangan ramai saksi melibatkan petugas operasi taman tema, penjaga permainan serta mangsa yang terlibat bagi membantu siasatan.

SHAH ALAM: Polis sedang menyiasat terperinci berhubung insiden kemalangan melibatkan permainan roller coaster di Taman Tema Sunway Lagoon, Sabtu lepas bagi mengenal pasti sama ada wujud elemen kecuaian mahupun sabotaj.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata siasatan dijalankan dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor yang menumpukan kepada kepakaran aspek teknikal.

“Kita telah berbincang dengan agensi-agensi berkenaan dan pada akhirnya kita akan melakukan semakan silang hasil dapatan bagi menentukan punca sebenar kemalangan tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Beliau berkata dua mangsa masih dirawat di hospital namun tidak melibatkan sebarang kecederaan serius, manakala mangsa lain yang terjejas telah dibenarkan pulang atau menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Tambanhnya operasi permainan kenderaan lungsur berkenaan ditutup sementara sehingga siasatan selesai sepenuhnya bagi membolehkan pasukan penyiasat menjalankan pemeriksaan terperinci terhadap struktur fizikal permainan serta bilik kawalan yang terlibat.

Shazeli berkata pihak polis telah merakam keterangan ramai saksi melibatkan petugas operasi taman tema, penjaga permainan serta mangsa yang terlibat bagi membantu siasatan.

“Siasatan menyeluruh diteruskan bagi melengkapkan maklumat berkaitan dan polis tidak mengabaikan sebarang petunjuk baharu yang timbul sepanjang proses siasatan dijalankan,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat dilaporkan 10 individu mengalami kecederaan ringan dalam satu insiden roller coaster di sebuah taman tema Isnin lalu.

Kejadian itu berlaku kira-kira 9 malam Sabtu dan laporan polis dibuat pada 11.45 pagi Ahad. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading