RAMADAN: DAGING LEMBU TEMPATAN MENU SAHUR PILIHAN DI KELANTAN
KOTA BHARU: Tradisi orang Kelantan yang memilih daging lembu tempatan untuk dijadikan menu sahur setiap kali menjelang Ramadan memberi kelebihan kepada seorang penjual daging apabila lembu sembelihannya ‘licin’ hanya dalam tempoh empat jam.
Muhd Shahrulrazi Fauzi, 31, melayan pelanggannya yang membeli daging lembu tempatan di gerainya yang terletak di Kampung Chica dekat sini. – Bernama
KOTA BHARU: Tradisi orang Kelantan yang memilih daging lembu tempatan untuk dijadikan menu sahur setiap kali menjelang Ramadan memberi kelebihan kepada seorang penjual daging apabila lembu sembelihannya ‘licin’ hanya dalam tempoh empat jam.
Peniaga Mohd Shahrulrazi Fauzi, 31, berkata sejak semalam permintaan daging lembu tempatan di gerainya yang terletak di Kampung Chica di sini meningkat dua kali ganda berbanding hari biasa.
Beliau berkata gerainya diserbu orang ramai sejak beberapa lepas dan semalam daging daripada dua ekor lembu tempatan berharga RM10,000 seekor, habis dijual kira-kira pada 12.30 tengah hari.
“Hari ini kita mungkin akan jual (daging) melebihi dua ekor lembu memandangkan sambutan yang sangat menggalakkan manakala untuk hari ‘mege poso’ (hari pertama puasa) kita akan sembelih empat ekor lembu untuk dijual.
“Sepanjang Ramadan ini saya mengupah sepupu untuk membantu saya di gerai kerana memang setiap tahun sambutan terhadap jualan daging lembu tempatan sangat memberangsangkan,” katanya kepada Bernama di Kampung Chica, di sini, hari ini.
Mohd Shahrulrazi yang sudah lebih 15 tahun berniaga daging lembu tempatan itu berkata ‘daging musim’ atau daging batang pinang menjadi rebutan utama pelanggan walaupun dijual lebih mahal iaitu RM34 sekilogram berbanding bahagian lain RM32.
Selain daging katanya pelanggan juga membeli tulang, hati dan perut lembu untuk dijadikan lauk bersahur.
Anak sulung daripada tujuh beradik itu memberitahu lembu tempatan termahal setakat ini yang pernah beliau sembelih untuk jualan berharga RM15,000 dengan berat hampir satu tan metrik.
“Walaupun harga belian lembu tempatan agak mahal, namun saya rasa ia sangat berbaloi kerana ia sangat laris dan menguntungkan,” katanya.
Sementara itu pelanggan, Azma Ismail, 53, berkata beliau memilih daging lembu tempatan kerana rasanya yang lebih enak dan lembut berbanding daging import selain mampu membuka selera tiga anaknya untuk bersahur.
“Hari pertama sahur, biasanya anak-anak kurang berselera. Kalau ada daging goreng kunyit atau singgang tulang bolehlah buka selera mereka untuk bersahur.
“Lagipun daging lembu tempatan boleh disimpan lama dalam peti dan masih lembut untuk dimasak,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests