Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DILABEL ZOO, TIMBALAN SPEAKER TEGUR AHLI PARLIMEN JAGA KELAKUAN

DALAM NEGARA

DILABEL ZOO, TIMBALAN SPEAKER TEGUR AHLI PARLIMEN JAGA KELAKUAN

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Noor menegur ahli-ahli Parlimen agar sentiasa menjaga kelakuan dan etika bagi mengelak persepsi negatif berterusan masyarakat.

KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Noor menegur ahli-ahli Parlimen agar sentiasa menjaga kelakuan dan etika bagi mengelak persepsi negatif berterusan masyarakat.

Berkongsi pengalaman ketika ke sebuah restoran semalam, beliau berkata terdapat individu yang melabelkan persidangan Parlimen sebagai ‘zoo’.

“Ingin saya ingatkan kepada adab semasa dalam dewan, saya ingatkan juga we are live (bersiaran langsung)Semalam saya ke kedai mamak, ini berlaku, mereka mengenali saya (dan bertanya) YB, bagaimana zoo?, saya terkejut.

“Inilah tanggapan masyarakat di luar sana. Jadi saya ingatkan, berpeganglah pada etika dan budi pekerti,” katanya selepas sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Ramli turut menegur ahli-ahli Parlimen yang mengadakan ‘mesyuarat kecil’ ketika sidang Dewan Rakyat berlangsung.

Katanya, mengikut Perkara 41 (e) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, ketika seseorang ahli itu bercakap, semua ahli yang lain hendaklah diam dan tidak boleh mengganggu dengan cara kurang beradab.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading