KUALA LUMPUR: Dua syarikat agensi pekerjaan dalam negara dikesan terlibat dalam jenayah penipuan tawaran pekerjaan di luar negara melibatkan rakyat Malaysia.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismailberkata hasil penguatkuasaan polis, lapan individu daripada dua syarikat terbabit telah ditahan.
“Setakat ini, dalam pengetahuan saya menerusi taklimat oleh polis, ada dua syarikat agensi pekerjaan dalam negara kita yang ditangkap. Ada lapan individu ditangkap dalam dua agensi ini,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mengenai tindakan kerajaan terhadap agen dan agensi pekerjaan yang didapati terlibat dalam sindiket penipuan tersebut.
Pada sidang media di lobi bangunan Parlimen, Saifuddin menjelaskan syarikat agensi pekerjaan itu beroperasi di Lembah Klang dan kesemua individu yang ditangkap didakwa di bawah Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM).
Sementara itu, di dalam Dewan Rakyat, Saifuddin Nasution berkata terdapat empat kategori mangsa dikenal pasti hasil profiling yang dilakukan polis terhadap mereka yang diselamatkan daripada sindiket berkenaan antaranya melibatkan individu yang benar-benar tertarik dengan iklan tawaran pekerjaan di luar negara sebelum dipaksa menjadi love scammer dan scammer pelaburan.
Beliau berkata kategori kedua pula melibatkan mereka yang sudah bekerja sebagai scammer dan berjaya namun apabila tidak mencapai sasaran yang dikehendaki majikan, mereka mula menghubungi pihak berkuasa untuk diselamatkan.
“Melalui profiling yang kita buat ini, ada juga kita dapati mereka pergi (ke luar negara) awal lagi untuk aktiviti perjudian dan apabila kalah mereka pinjam ‘Ah Long’ kemudian mereka tidak dapat balik dan hubungi polis kata mereka mangsa.
“Kategori terakhir kita berjaya bawa balik tetapi dia pergi semula. Hancur luluh pasukan polis apabila diberitahu kita kesan mereka pergi semula dan mereka hubungi minta tolong selamatkan mereka. Ini bukan fakta awang-awangan,” katanya.
Menjawab soalan asal Sim berkenaan jumlah terkini rakyat Malaysia yang terlibat dan telah diselamatkan, Saifuddin Nasution berkata dianggarkan 339 individu terlibat dan daripada jumlah itu, 218 telah diselamatkan dan baki 121 dalam kategori terkandas.
Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai langkah kerajaan memperkukuhkan jenayah siber, Saifuddin Nasution berkata satu rang undang-undang berkaitan usaha menangani ancaman jenayah siber akan dibawa ke Parlimen, Julai nanti.
“Aspek perundangan ini penting kerana jenayah ini merupakan jenayah yang sangat kompleks, sofistikated dan dinamik bermaksud elemen undang-undang sedia ada dalam negara belum sempurna lagi untuk membendungnya,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked