Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DITUDUH CURI KAJIAN CALON PHD, UM BUAT LAPORAN POLIS

DALAM NEGARA

DITUDUH CURI KAJIAN CALON PHD, UM BUAT LAPORAN POLIS

Ia susulan dakwaan seorang pelajar pascasiswazah warga Yemen yang menuduh penyelianya menggunakan hasil penyelidikannya bagi tujuan komersial mereka.

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) pada Isnin membuat laporan polis terhadap dakwaan seorang calon ijazah doktor falsafah (PhD) bahawa pihaknya mencuri hasil penyelidikan tanpa kebenaran.

Ia susulan dakwaan calon PhD dari Yaman tular di media sosial yang mendakwa dua penyelianya menggunakan penyelidikannya untuk kepentingan komersial mereka sendiri.

“Universiti Malaya (UM) menafikan tuduhan yang tular di platform media sosial oleh seorang calon PhD antarabangsa bahawa kajian penyelidikan beliau telah diambil oleh penyelia beliau tanpa kebenaran.

“Adalah dasar Universiti bahawa hasil penyelidikan dan hasil ilmiah merupakan hak milik Universiti,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Sehubungan itu, pihak UM sudah membuat laporan polis bagi menafikan tuduhan calon tersebut dan sedang mengkaji tindakan perundangan bersesuaian.

Dalam pada itu UM memaklumkan, universiti itu sudah memberi peluang dan sumber untuk membantu Abbod Ali menyempurnakan PhD beliau termasuk lanjutan tempoh pengajian sebanyak tiga semester, selepas tamat tempoh maksimum 12 semester dengan yuran ditaja fakulti.

“Universiti juga telah mengadakan beberapa sesi kaunseling dan melantik Penyelia tambahan bagi membantu beliau.

“Namun calon tersebut masih didapati tidak berupaya untuk menamatkan pengajiannya dalam tempoh pelanjutan yang diberi.

Terdahulu, calon PhD tersebut, Abbod Ali Mohammed Saeed, membuat laporan polis mendakwa dua penyelianya menggunakan bahan penyelidikannya untuk kepentingan komersial mereka sendiri.–AlHijrahOnline


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading