Connect with us

ALHIJRAH NEWS

DUA KANAK-KANAK MAUT DALAM KEJADIAN TANAH RUNTUH DI KOTA KINABALU

DALAM NEGARA

DUA KANAK-KANAK MAUT DALAM KEJADIAN TANAH RUNTUH DI KOTA KINABALU

KOTA KINABALU: Dua kanak-kanak maut, manakala dua dewasa cedera dalam kejadian tanah runtuh menghempap sebuah rumah didiami satu keluarga di Taman Elok, Jalan Bukit Nenas di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Misran Bisara berkata kanak-kanak perempuan Norain Jaziz, 11, dan kanak-kanak lelaki Isa Sabri, 2, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini selepas tertimbus dalam kejadian itu.

Beliau berkata mangsa dewasa yang tertimbus ialah Siti Nur, 28, mengalami kecederaan patah tangan dan suaminya Sabri Botong, 28, cedera ringan di kaki, kini sedang menerima rawatan di hospital yang sama.

“Bomba menerima panggilan pada pukul 8.26 malam tadi dan setibanya di tempat kejadian mendapati berlaku tanah runtuh menghempap sebuah rumah yang didiami sembilan sekeluarga di kawasan kejadian. Lima ahli keluarga selamat.

“Mangsa berusia dua tahun (Isa) telah dihantar untuk mendapatkan rawatan ke hospital (HQE) sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, dua lagi yang tertimbus berjaya dikeluarkan bomba dan orang awam,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Misran berkata mangsa kemudian diberikan rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan dikejarkan ke hospital dengan menggunakan jentera EMRS serta ambulans.

Beliau berkata seramai 10 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama tiga jentera dan 12 anggota dari BBP Lintas bersama dua jentera terlibat dalam operasi tersebut.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain terlibat, operasi ditamatkan pada 10 malam,” katanya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading