Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA LELAKI MAUT, KERETA DINAIKI LANGGAR PEMBAHAGI TOL

DALAM NEGARA

DUA LELAKI MAUT, KERETA DINAIKI LANGGAR PEMBAHAGI TOL

Dua lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki merempuh pembahagi lorong tol dalam kejadian di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke Seremban, di Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Sumber Gambar: JBPM Selangor

KUALA LUMPUR: Dua lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki merempuh pembahagi lorong tol dalam kejadian di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke Seremban, dekat sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar dalam kenyataan hari ini berkata kedua-dua lelaki berusia 65 tahun itu, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

 “Sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan telah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.42 pagi.

“Kemalangan membabitkan kereta jenis Honda CRV itu, menyebabkan dua mangsa tersepit di bahagian hadapan kenderaan,” katanya. 

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading