DUA MANGSA HILANG TERJATUH BOT DI SUNGAI KELANTAN DITEMUKAN LEMAS

Sumber Gambar: Facebook Mumtaz Md Nawi

TUMPAT: Selepas hilang hampir tiga hari, dua mangsa terjatuh dari bot di Sungai Kelantan, di Kampung Pasir Pekan Hulu, ditemukan lemas di sungai itu, pagi tadi.

Pasukan penyelamat menemukan mayat mangsa Wan Muhamad Najmi Wan Taib, 30, kira-kira jam 9.05 pagi manakala anak saudaranya Amrullah Fitri Afendi, 10, pada jam 9.05 pagi.

Sumber Gambar: Facebook Mumtaz Md Nawi

Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Amran Dolah berkata, jasad kedua-dua mangsa ditemukan terapung di permukaan di tengah sungai.

“Mayat Amrullah ditemui di tebing kira-kira 900 meter dari Pusat kawalan Tempat Kejadian (PKPK).

“Mayat bapa saudaranya ditemukan pada jam 9.05 pagi di bawah jambatan kira-kira 1.1 kilometer dari pos pencarian,” katanya.

Katanya, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat dan misi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan.

Difahamkan Jenazah Wan Muhamad Najmi akan dikebumikan di sebelah pusara isterinya, Allahyarham Nor Awadah yang turut terkorban dalam kejadian sama di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kutan Sungai.

Jenazah Amrullah Fitri pula akan dikebumikan di Kampung Patek, Kadok, selepas solat Zohor.

Sebelum ini media melaporkan enjin bot mati secara tiba-tiba dipercayai punca sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki terjatuh ke dalam Sungai Kelantan, di Kampung Pasir Pekan Hulu, di sini kelmarin.–AlHijrah Online

Leave a Reply