Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEGAWAI POLIS DITEMUKAN MATI DENGAN KESAN TEMBAKAN DI KEPALA

DALAM NEGARA

PEGAWAI POLIS DITEMUKAN MATI DENGAN KESAN TEMBAKAN DI KEPALA

Seorang pegawai polis ditemukan mati dengan kesan tembakan di kepala di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, semalam.

SEREMBAN: Seorang pegawai polis ditemukan mati dengan kesan tembakan di kepala di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kes itu pada 6.30 petang dan pegawai itu ditemukan dalam keadaan berlumuran darah.

“Jenazah telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini untuk bedah siasat. 

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau meminta orang ramai tidak mengeluar apa-apa kenyataan yang boleh mengganggu siasatan polis serta menghormati keluarga si mati.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading