DUA REMAJA DI GAZA MAUT DITEMBAK TENTERA REJIM ISRAEL

Gaza memerlukan sokongan dunia untuk bebas dari penjajahan Israel. Foto Arkib Reuters

GAZA CITY: Dua remaja Palestin, termasuk seorang berusia 14 tahun, menjadi mangsa terbaru kekejaman Israel selepas mereka maut ditembak tentera rejim ketika protes di sempadan Gaza-Israel semalam.

Remaja Palestin yang maut itu adalah Khaled Al-Rabai, 14, dan Ali Al-Ashqar, 17.

Laporan Reuters yang memetik jurucakap kesihatan di Gaza berkata, 70 warga Palestin yang terbabit dengan protes di sempadan cedera dengan 38 darinya akibat tembakan.

Lima roket telah dilancarkan dari Gaza ke arah Israel beberapa jam kemudian dengan siren amaran dibunyikan di Sderot, sebuah bandar dekat sempadan Israel-Gaza, dan dua kampung berdekatan sebelum tengah malam.

Media Israel melaporkan salah satu daripada roket itu menghentam kawasan terbuka di Israel, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Susulan itu, rejim Israel dilaporkan memberikan reaksi balas dengan tembakan kereta kebal dan serangan udara ke arah sasaran ketenteraan Hamas di utara Gaza.

Dua remaja yang maut itu mengikuti bantahan ā€œGreat March of Returnā€ sejak 18 bulan lalu dalam usaha terdesak lebih 1.8 juta warga Palestin mendesak masyarakat antarabangsa menamatkan kepungan haram Israel ke atas Gaza sejak 2007.

Sehingga kini sekurang-kurangnya 210 warga Palestin maut sejak bantahan itu bermula pada Mac 2018. — AlHijrah Online

Leave a Reply