Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA WANITA TERMASUK WARGA EMAS MENINGGAL DUNIA DI PUSAT MENGUNDI

DALAM NEGARA

DUA WANITA TERMASUK WARGA EMAS MENINGGAL DUNIA DI PUSAT MENGUNDI

Mangsa dilaporkan meninggal dunia selepas mengundi apabila mangsa mengalami sesak nafas.

JOHOR BAHRU: Seorang warga emas meninggal dunia semasa menunggu giliran untuk mengundi di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lit Terk, Paloh hari ini.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 10.21 pagi tadi melibatkan mangsa Tuminah Ambiah, 85, di lokasi kejadian.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor dalam satu kenyataan berkata, mangsa sedang menunggu giliran di saluran satu sebelum disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM).

Sementara itu, seorang lagi pengundi, Sh Juhara, 57, meninggal dunia di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail pada jam 9.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan sempat mengundi bagi parlimen Pulai sebelum meninggal dunia.

“Mangsa dilaporkan meninggal dunia selepas mengundi apabila mangsa mengalami sesak nafas.

“Hasil pemerhatian petugas saluran, pengundi hadir ke saluran satu dalam keadaan tidak sihat, tapi ingin meneruskan pengundian,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan selain pemeriksaan terhadap mayat mangsa tidak menemui sebarang kesan kecederaan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading