Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EMPAT KANAK-KANAK SYRIA MAUT DIBOM DALAM PERJALANAN PULANG DARI SEKOLAH

DUNIA

EMPAT KANAK-KANAK SYRIA MAUT DIBOM DALAM PERJALANAN PULANG DARI SEKOLAH

Empat kanak-kanak yang dalam perjalanan pulang dari sekolah terbunuh akibat satu serangan bom tentera rejim, di sebuah bandar di Idlib, pada pagi Isnin.

Sumber Gambar: AFP

SYRIA: Empat kanak-kanak yang dalam perjalanan pulang dari sekolah terbunuh akibat satu serangan bom tentera rejim, di sebuah bandar di Idlib, pada pagi Isnin.

Lapor AFP, serangan itu menyasarkan bandar Maarat al-Naasan yang berada di kawasan luar bandar utara wilayah Idlib.

Sumber Gambar: AFP

Bandar tersebut terletak di barisan hadapan antara rejim dan pemberontak, yang juga menempatkan tempat pemerhatian Turki di pinggir bandar berkenaan.

Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata tidak dapat dipastikan mengapa serangan bom oleh rejim itu menyasarkan bandar tersebut.

Sumber Gambar: AFP

Pada 12 Februari lalu, tentera rejim telah menembak enam orang di bandar yang sama, yang juga melibatkan dua wanita dan dua kanak-kanak maut.

Peperangan di Syria telah membunuh kira-kira setengah juta orang dan menyebabkan berjuta-juta lagi kehilangan tempat tinggal.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Kanak-Kanak Syria Maut Dibom Ketika Pulang Dari Sekolah -

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading