Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Facebook, Youtube didakwa hasut keganasan

DUNIA

Facebook, Youtube didakwa hasut keganasan

Majlis pengebumian mangsa serangan ganas itu dilakukan secara berperingkat pada minggu lalu.

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Perancis (CFCM), hari ini memfailkan saman ke atas Facebook dan Youtube atas dakwaan menghasut keganasan dengan membenarkan rakaman kejadian serangan ganas di Christchurch disiarkan menerusi platform mereka.

CFCM, satu kumpulan utama yang mewakili orang Islam di Perancis berkata, firma gergasi itu telah menyebarkan bahan yang menggalakkan keganasan dan merosakkan martabat manusia.

Menurut presidennya, Abdallah Zekri, organisasi itu telah melancarkan aduan rasmi terhadap Facebook dan Youtube di Perancis.

Terdahulu, laman sosial Facebook memaklumkan ia bergelut untuk memadamkan ratusan ribu salinan rakaman keganasan terbabit, namun ia masih boleh ditemui di laman sosial beberapa jam selepas kejadian itu.

Manakala minggu lalu, pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat telah pun menghantar surat kepada eksekutif empat syarikat teknologi utama meminta mereka mengambil langkah sewajarnya untuk memadamkan kandungan ganas.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading