Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

“FULL STOP!” – SULTAN SELANGOR TITAH ISU TERNAKAN BABI DIHENTIKAN

DALAM NEGARA

“FULL STOP!” – SULTAN SELANGOR TITAH ISU TERNAKAN BABI DIHENTIKAN

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan bahawa isu penternakan babi yang dijalankan di mana-mana daerah di Selangor, dihentikan dan dimuktamadkan sepenuhnya.

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan bahawa isu penternakan babi yang dijalankan di mana-mana daerah di Selangor, dihentikan dan dimuktamadkan sepenuhnya.

Setiausaha Sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda kekal dengan pendirian seperti ditegaskan menerusi Kenyataan Media bertarikh 10 Februari 2026 sebelum ini.

“Baginda tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Selangor Darul Ehsan.

“Pendirian tersebut dibuat setelah mengambil kira implikasi penternakan babi yang boleh menyebabkan pencemaran pada tanah, udara dan risiko pencemaran sumber air sungai melalui pelepasan najis dan sisa kumbahan babi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baginda turut menzahirkan kebimbangan aktiviti berkenaan boleh menjejaskan kawasan tadahan air serta sungai-sungai yang menjadi sumber bekalan air bersih kepada penduduk kira-kira 9 juta penduduk di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kaedah penternakan moden yang mematuhi piawaian memerlukan kos yang amat tinggi dan tidak praktikal serta tidak mungkin dapat dilaksanakan hanya bagi memenuhi bekalan daging babi di Negeri Selangor sahaja, tambahnya.

“Justeru, baginda mencadangkan agar daging babi diimport dari negeri lain seperti Sarawak bagi memenuhi keperluan masyarakat bukan Islam yang makan babi di Negeri Selangor. Bahkan negara seperti Singapura juga tidak menternak babi dan mengimport daging babi dari luar.

“Sultan Selangor juga berpandangan bahawa penternakan babi berskala besar mahupun kecil adalah tidak sesuai dilaksanakan di Negeri Selangor memandangkan sumber tanah yang terhad serta nilai hartanah yang tinggi, yang sewajarnya dimanfaatkan untuk tujuan pembangunan yang lebih ekonomik dan memberi manfaat kepada masyarakat secara menyeluruh,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading