Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GADIS BUNUH KEKASIH PAKSA LAKUKAN HUBUNGAN INTIM DIHADAPKAN KE MAHKAMAH

DALAM NEGARA

GADIS BUNUH KEKASIH PAKSA LAKUKAN HUBUNGAN INTIM DIHADAPKAN KE MAHKAMAH

Difahamkan, remaja berkenaan bertindak melakukan perbuatan itu ketika menolak permintaan mangsa yang mahu melakukan hubungan seks tanpa kerelaannya.

Sim Hui Ying ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru. –sumber Berita AlHijrah

JOHOR BAHRU: Seorang gadis yang mendakwa mempertahankan kehormatan diri ketika dipaksa melakukan hubungan seks oleh kekasihnya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh lelaki terbabit.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh, Sim Hui Ying, 19, yang hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin dihadapan Majistret R. Salini.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Yap Kelly, 29, di sebuah hotel di Taman Mount Austin di sini, jam 8 malam, 20 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Syakira Muhammad Syafiq Sim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Disember depan untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia dan laporan bedah siasat.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mengesahkan tertuduh ditahan polis pada hari kejadian.

Difahamkan, remaja berkenaan bertindak melakukan perbuatan itu ketika menolak permintaan mangsa yang mahu melakukan hubungan seks tanpa kerelaannya.

Remaja itu dikatakan memaklumkan keluarganya berhubung kejadian berkenaan sebelum keluarga membuat laporan polis. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading