Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IKLAN LESEN MEMANDU PERCUMA ADALAH PALSU – JPJ

DALAM NEGARA

IKLAN LESEN MEMANDU PERCUMA ADALAH PALSU – JPJ

“JPJ ingin memaklumkan bahawa iklan itu adalah palsu dan memandang serius terhadap sindiket penipuan yang menawarkan lesen percuma ini.”

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan kesahihan iklan bantuan lesen memandu percuma kepada semua golongan seperti yang tular di media sosial.

JPJ melalui satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan iklan tersebut yang tular melalui aplikasi Whatsapp.

Menurutnya, ia dilakukan sindiket penipuan yang dikesan membuat iklan dengan menyalahgunakan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menarik perhatian orang ramai untuk mendaftar melalui pautan https://www.motif.my/bantuan-lesen/.

Katanya, iklan itu juga turut mempelawa orang ramai menyertai kumpulan WhatsApp di pautan https://www.portalmalaysia.com/whatsappgroupbantuan, untuk memperdaya lebih ramai mangsa.

“JPJ ingin memaklumkan bahawa iklan itu adalah palsu dan memandang serius terhadap sindiket penipuan yang menawarkan lesen percuma ini.

“Siasatan lanjut akan dilakukan termasuk membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya.

JPJ turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang iklan tawaran lesen memandu percuma sebaliknya menghubungi pejabat JPJ berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading