KES EBIT LEW: PEGAWAI POLIS RAMPAS TELEFON BIMBIT TIDAK PERIKSA KANDUNGAN
Seorang pegawai polis yang ditugaskan merampas telefon bimbit daripada saksi dalam kes gangguan seksual Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew tidak memeriksa kandungan peranti itu walaupun mengetahui kes itu melibatkan pendakwah tersebut.
TENOM: Seorang pegawai polis yang ditugaskan merampas telefon bimbit daripada saksi dalam kes gangguan seksual Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew tidak memeriksa kandungan peranti itu walaupun mengetahui kes itu melibatkan pendakwah tersebut.
ASP Salwani Mohd Hadzir, 40, memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau dimaklumkan kes itu melibatkan pendakwah popular, namun tidak tahu mengetahui ia berkaitan dengan kesalahan gangguan seksual.
“Saya cuma dimaklumkan oleh pegawai penyiasat DSP Noor Ashikin Shamsuri bahawa kes melibatkan Ebit Lew,” katanya menjawab soalan peguam Ram Singh semasa pemeriksaan balas hari ini.
Bagaimanapun, Salwani berkata beliau menaip “Seksyen 509 Kanun Keseksaan” di tiga keping gambar telefon bimbit tu dan kad SIM yang beliau rampas daripada Mohd Fairuz Abu pada 5 Okt, 2021 di rumah lelaki itu di Alor Setar.
Salwani, Pegawai Turus Bahagian Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, bersetuju dengan peguam itu bahawa apabila beliau merampas telefon bimbit itu daripada Mohd Fairuz, beliau tahu ia mempunyai berkaitan dengan kes di Tenom.
Salwani berkata beliau membaca berita mengenai tertuduh melalui media sosial sebelum ke rumah Mohd Fairuz untuk merampas telefon bimbitnya.
Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, pegawai polis itu berkata beliau tidak memeriksa kandungan telefon yang dirampas itu kerana setiap barang kes perlu dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia untuk dianalisis.
Mengenai tindakannya menaip seksyen Kanun Keseksaan pada gambar telefon bimbit dan kad SIM, Salwani berkata beliau berbuat demikian sebelum menyerahkan barang rampasan kepada pegawai penyiasat di Bukit Aman.
Ketika ditanya Nor Azizah mengapa Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang ditaip, saksi berkata ia kerana siasatan sedang dijalankan melibatkan seksyen itu.
Pihak pendakwaan turut memanggil pendakwah Firdaus Wong Wai Hung, 39, yang juga pengasas dan presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM).
Saksi ketiga itu memberitahu mahkamah bahawa pengadu dalam kes itu adalah antara mangsa gangguan seksual yang dibantu MRM.
Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung esok.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager