Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EJEN KOSMETIK MANGSA CULIK BERJAYA DISELAMATKAN POLIS

DALAM NEGARA

EJEN KOSMETIK MANGSA CULIK BERJAYA DISELAMATKAN POLIS

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Polis Diraja Thailand berjaya menyelamatkan wanita yang diculik pada 13 September lalu di Tumpat, Kelantan.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Polis Diraja Thailand berjaya menyelamatkan wanita yang diculik pada 13 September lalu di Tumpat, Kelantan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mangsa yang merupakan ejen jualan produk kosmetik berjaya diselamatkan di Thailand dan telah dibawa pulang ke Malaysia pada 29 September.

“PDRM dengan kerjasama Polis Diraja Thailand serta perkongsian maklumat dan perisikan berjaya menjejaki dan mengenal pasti lokasi mangsa di Thailand.

“Seramai tujuh suspek lelaki warga tempatan telah ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961,” dalam kenyataannya, hari ini.

Acryl berkata polis turut dirampas sebuah kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan mangsa.

Dalam pada itu, PDRM menzahirkan penghargaan kepada Polis Diraja Thailand dan Kedutaan Malaysia di Thailand atas kerjasama dan bantuan dalam usaha bagi membantu menyelamatkan mangsa culik itu.

PDRM turut menyeru orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian yang menyalahi undang-undang dalam usaha membanteras jenayah dan memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terpelihara.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading