Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KEDUDUKAN MOHD SHUHAILY DIRUJUK AGC SEBELUM DIPERSEMBAH KEPADA AGONG

DALAM NEGARA

KEDUDUKAN MOHD SHUHAILY DIRUJUK AGC SEBELUM DIPERSEMBAH KEPADA AGONG

Kedudukan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di AKPS masih diteliti dan dirujuk kepada AGC serta Suruhanjaya Pasukan Polis sebelum sebarang keputusan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

SHAH ALAM: Kedudukan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sedang diteliti dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum sebarang keputusan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, perkara itu turut dibangkitkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan untuk tindakan selanjutnya.

“Penugasan beliau di AKPS adalah untuk tempoh dua tahun (dan) ia seperti kontrak yang memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi 2026, hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Mohd Khalid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertanggungjawab terhadap Mohd Shuhaily memandangkan beliau merupakan pegawai polis yang dipinjamkan untuk berkhidmat di AKPS.

Setakat ini, Mohd Shuhaily masih berkhidmat di agensi berkenaan.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi kenyataan memaklumkan urusan perkhidmatan Mohd Shuhaily masih dalam proses untuk dimuktamadkan bagi memastikan ia dilaksanakan secara teratur mengikut peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa.

KDN turut menegaskan kesinambungan operasi dan kelancaran pelaksanaan tugas AKPS menjadi antara keutamaan dalam menguruskan hal ehwal perkhidmatan pegawainya.

Menurut kementerian itu, AKPS yang kini memasuki tahun kedua penubuhannya memainkan peranan penting dalam memperkukuh pengurusan kawalan dan perlindungan sempadan negara.

“Kementerian akan terus memberikan keutamaan kepada aspek keselamatan sempadan, kelancaran urusan, perlindungan hasil negara serta integriti dan disiplin.

“Keutamaan KDN adalah untuk memastikan AKPS terus berupaya melaksanakan peranannya secara optimum demi menjamin keselamatan serta kedaulatan negara,” menurut kenyataan itu.

Pada 21 Oktober lalu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top