Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GAGAL KEMUKA REKOD JUALAN, KPDNHEP BUKA KERTAS SIASATAN IKAN SIAKAP RM1,196

DALAM NEGARA

GAGAL KEMUKA REKOD JUALAN, KPDNHEP BUKA KERTAS SIASATAN IKAN SIAKAP RM1,196

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuka kertas siasatan ke atas pemilik restoran terapung di Langkawi, Kedah yang tular menjual hidangan seekor ikan siakap berharga RM1,196.

Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata, ia berikutan peniaga restoran tersebut gagal mengemukakan rekod penjualan dan penyelenggaraan yang wajar walaupun telah diberikan dua kali notis.

Kertas siasatan itu dibuka di bawah Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

“Pihak kami telah memberikan dua notis namun peniaga restoran tersebut gagal menyediakan rekod penjualan, proses dan sebagainya. Perkara ini menjadi satu kesalahan.

“Peniaga tersebut akan didakwa di bawah kesalahan tidak menyimpan rekod-rekod dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Rosol memaklumkan kementeriannya telah melancarkan Ops Menu bermula 6 November sehingga 31 Disember bagi memantau harga menu di kedai makan dan restoran seluruh negara.

Setakat ini, berdasarkan pemeriksaan di 2,814 premis perniagaan di seluruh negara, sebanyak 21 kes direkodkan dengan jumlah kompaun keseluruhan bernilai RM6,400.

Tambah Rosol, sebanyak 10 kes dikenakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 manakala 21 kes di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading