Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERKAHWINAN GUNA SINDIKET NIKAH DIBIMBANGI TIDAK SAH – AHMAD MARZUK

DALAM NEGARA

PERKAHWINAN GUNA SINDIKET NIKAH DIBIMBANGI TIDAK SAH – AHMAD MARZUK

KOTA BHARU: Perkahwinan menggunakan khidmat sindiket nikah dibimbangi tidak dijalankan mengikut hukum syarak seterusnya menyebabkan perkahwinan tersebut tidak sah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kerajaan telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) perkahwinan yang jelas.

“Sindiket nikah tiada autoriti untuk melaksanakan perkahwinan, masyarakat di luar sana yang tidak arif dengan prosedur perkahwinan akan menganggap apa yang dilakukan sindiket nikah adalah betul sedangkan ia tidak betul.

“Jika SOP perkahwinan tidak diikuti dengan betul, maka perkahwinan itu tidak sah. Perkara ini perlu diambil berat oleh pasangan yang ingin berkahwin,” katanya.

Ahmad Marzuk berkata demikian selepas diminta mengulas isu pasangan yang bernikah menggunakan khidmat sindiket ‘Lebai Loh’ dari Kuala Krai untuk tampil menghubungi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).

Usaha tersebut dibuat bagi mengesahkan pendaftaran pernikahan mereka sah mengikut hukum syarak atau sebaliknya susulan penahanan bekas imam tersebut pada 28 Oktober lepas.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading