GAGAL SEMAKAN REMAN, AISYAH HIJANAH & ALIF TEEGA KEKAL DIREMAN EMPAT HARI
Pasangan suami isteri pempengaruh media sosial yang terpalit isu dakwaan menyeleweng kutipan derma kekal ditahan reman empat hari selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka untuk mengetepikan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.
KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri pempengaruh media sosial yang terpalit isu dakwaan menyeleweng kutipan derma kekal ditahan reman empat hari selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka untuk mengetepikan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan semakan yang difailkan Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, atau dikenali sebagai Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijanah Azhari, 26, selepas mendapati Majistret mematuhi peruntukan Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dalam membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Pihak SPRM seharusnya dibenar melengkapkan siasatan mereka terhadap pemohon dan perintah reman oleh Majistret ke atas mereka adalah sah. Oleh itu, permohonan untuk semakan ditolak,” katanya.
Terdahulu, peguam Abd Rahim Ali berhujah anak guamnya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana badan awam seperti termaktub dalam Seksyen 3 Akta SPRM yang membolehkan mereka disiasat mengikut Seksyen 23 akta sama.
“Pemegang saham dalam syarikat Hijanah Haul Holdings Sdn Bhd hanyalah Orang Yang Disyaki (OYDS) pertama dan kedua. Ahli-Ahli dalam syarikat itu juga bukanlah pegawai badan awam dan pihak kami berhujah tiada kaitan antara kedua-dua suspek dan kesalahan yang disyaki.
“Oleh kerana tidak terdapat sebarang kaitan maka perintah reman yang diberikan Mahkamah Majistret hendaklah diketepikan,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata Seksyen 23 hanyalah asas siasatan dan tidak semestinya OYDS akan dituduh mengikut seksyen itu.
“Seksyen 23 Akta SPRM hanyalah permulaan siasatan berdasarkan maklumat yang diperoleh.
“Permohonan semakan ini adalah pramatang kerana tiada apa-apa asas untuk mengatakan siasatan telah selesai dan tiada kesalahan di bawah seksyen tersebut,” katanya sambil menambah prosedur reman ini adalah penting untuk membuktikan jika terdapat kesalahan dilakukan oleh kedua-dua pemohon atau sebaliknya.
Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How pula berkata permohonan reman dibuat oleh SPRM kerana terdapat dakwaan platform JomDonate digunakan oleh kedua-dua pempengaruh untuk mengumpul derma daripada orang awam.
“Jadi, ia adalah dana awam yang dimasukkan ke dalam platform tersebut dan fakta mengapa terdapat syarikat yang mendapat kebenaran untuk mengutip derma perlu disiasat dengan jelas,” katanya.
Semalam, Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman pasangan itu hingga 14 Julai ini untuk disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM berhubung penyelewengan wang kutipan derma melalui JomDonate.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked