GAZA FREEDOM FLOTILA : DELEGASI MALAYSIA IKUTI LATIHAN TANPA KEKERASAN
Menurut Dr Fauziah Mohd Hasan, latihan ini adalah bagi mempersiapkan setiap peserta berdepan segala kemungkinan yang akan berlaku semasa pelayaran menghantar bantuan ke Gaza.
ISTANBUL: Delegasi Malaysia akan menghadiri latihan tanpa kekerasan hari ini, sebagai salah satu prosedur wajib sebelum memulakan misi “Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla”.
Beberapa delegasi dari negara lain juga turut serta antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Menurut Ahli Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), Dr Fauziah Mohd Hasan, latihan ini adalah bagi mempersiapkan setiap peserta berdepan segala kemungkinan yang akan berlaku semasa pelayaran menghantar bantuan ke Gaza.
Ini termasuk ancaman dan provokasi daripada pihak tentera rejim Israel.
“Latihan ini akan menyiapkan peserta dengan memberitahu apa sahaja perkara yang boleh kita lakukan dan apa yang tidak boleh kita lakukan.
“FFC (Freedom Flotilla Coalition) juga akan membuat simulasi apabila wujud ancaman daripada tentera Israel seterusnya menangkap, menculik peserta serta merampas kapal yang terlibat dalam misi ini.
Antara ilmu penting yang diturunkan semasa latihan adalah, kita (peserta) tidak perlu melawan mereka apabila ditangkap dan perlu mengikuti apa sahaja arahan yang dikeluarkan sekiranya berlaku perkara tersebut,” katanya.
Pada masa sama, Dr Fauziah berkata selain simulasi, beberapa perkara penting lain turut ditekankan semasa latihan tanpa kekerasan ini berlangsung.
“Sekiranya ditangkap pasti akan ada beberapa persoalan-persoalan ditanya oleh tentera rejim dan sebagainya. Untuk itu latihan ini akan turut memandang aspek persiapan ini kepada para peserta.
“Malah (berdasarkan pengalaman lalu) ada beberapa dokumen di mana setiap peserta yang ditahan perlu menurunkan tandatangan dan kesemua dokumen ini dalam Bahasa Hebrew.
Jadi latihan hari ini akan juga memfokuskan situasi kecemasan seperti ini di mana para peserta akan turut dinasihatkan untuk tidak sesekali akur dan tunduk seterusnya untuk tidak menandatangani apa sahaja dokumen yang diberikan sekiranya ditahan,” tambahnya.
FFC sebelum ini mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Seige of Gaza Freedom Flotilla dijangka akan memulakan pelayaran pada Rabu (24 April).
Misi ini akan melibatkan satu kapal kargo 5,000 tan dan dua kapal penumpang yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang.
Kapal-kapal ini akan membawa bantuan kemanusiaan yang mendesak seperti bantuan perubatan, pek makanan, pakaian, khemah perlindungan dan beberapa buah kenderaan termasuk lapan buah ambulans.
Sembilan belas warga Malaysia ketika ini menyertai masyarakat awam antarabangsa melakukan pelayaran menaiki flotila untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza melalui jalan laut berikutan situasi kemanusiaan yang teruk di rantau itu.
Pengerusi MyCARE Datuk Seri Dr Kamal Nasaruddin Mustapha dalam sidang media baru-baru ini berkata 19 warga Malaysia itu terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media.
Antara pengamal media Malaysia yang menyertai flotila itu ialah penulis yang juga wartawan penyiaran daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Muhammad Hafizuddin Mohd Yusof dan jurukamera Bernama TV Mohammad Nulhakim Jailan.
Aktivis dari 30 negara termasuk Malaysia itu kini berkumpul di Istanbul sejak 18 April untuk persiapan akhir sempena misi “Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla” ini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked