GO SHOP DI TV ALHIJRAH BERMULA 14 OKT

KUALA LUMPUR : Program Go Shop destinasi beli-belah gaya hidup 24 Jam di Malaysia yang menampilkan produk eksklusif dan terhangat di pasaran kini mula bersiaran di saluran TV AlHijrah semalam.
Program kerjasama itu menawarkan pelbagai produk digital dan elektronik, barangan rumah dan perkakas dapur, produk kecergasan, kosmetik, fesyen muslimah, dan pelbagai jenis barangan lain yang berkualiti dan berbaloi.
Program yang menampilkan jenama tempatan dan antarabangsa itu adalah kerjasama peruncit multimedia dari Korea Selatan, GS Home Shopping Inc dan Astro.
Bagi memastikan kepuasan pelanggannya, Go Shop menampilkan demonstrasi produk yang menyediakan langkah demi langkah cara penggunaan bagi setiap produk. Go Shop juga menyediakan penghantaran percuma ke seluruh negara.
Kesemua promosi produk ditayangkan selama 24 jam sehari sepanjang tujuh hari seminggu tanpa henti di saluran Go Shop TV (Saluran Astro 118, 120 & 303), NJOI dan aplikasi Astro GO untuk peranti mudah alih dan tablet.
Bagi TV AlHijrah, Go Shop akan bersiaran setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 11 pagi di saluran 114 bagi menyajikan produk terkini dan terhangat di pasaran.
Mereka yang berminat membeli barangan yang dipromosikan di Go Shop boleh menghubungi talian 03 – 9544 1114 atau melalui aplikasi Go Shop dan laman web http://www.goshop.com.my — AlHijrah Online