HAMAS AKAN BEBASKAN TAWANAN SEPERTI DIPERSETUJUI JIKA ISRAEL PATUHI PERJANJIAN GENCATAN SENJATA
Hamas akan terus melaksanakan perjanjian Gaza “sesuai dengan perjanjian yang ditandatangani, termasuk pertukaran tawanan mengikut jadual yang ditetapkan,” kata jurucakap Hamas, Abdul Latif al-Qanoua.
ANKARA: Kumpulan Pejuang Palestin Hamas berkata pada Khamis bahawa ia sedia untuk menyambung semula pembebasan tawanan seterusnya pada Sabtu jika Israel mematuhi syarat perjanjian gencatan senjata Gaza, lapor Anadolu Ajansi.
“Israel melanggar perjanjian itu berkali-kali, sama ada dengan menghalang kepulangan orang yang dipindahkan atau menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan,” kata jurucakap Hamas Abdul Latif al-Qanoua.
“Jika Israel tidak mematuhi syarat perjanjian, proses pertukaran tawanan tidak akan berlaku,” katanya.
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata langkah itu diambil selepas perbincangan dengan pengantara Mesir dan Qatar, yang berjanji untuk berusaha “menghapuskan halangan dan merapatkan jurang”.
Hamas akan terus melaksanakan perjanjian Gaza “sesuai dengan perjanjian yang ditandatangani, termasuk pertukaran tawanan mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya.
Kumpulan Palestin itu berkata pada Isnin yang ia akan menangguhkan pembebasan tebusan seterusnya sebagai tindak balas kepada pelanggaran Israel terhadap perjanjian gencatan senjata.
Pihak berkuasa Palestin menyenaraikan beberapa siri pelanggaran Israel terhadap perjanjian itu, termasuk menembak orang awam dan menyekat akses kepada barangan bantuan, seperti khemah dan karavan, bagi orang awam yang dipindahkan di Gaza.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada hari berikutnya mengugut untuk menamatkan perjanjian gencatan senjata Gaza jika Hamas gagal membebaskan tawanan menjelang tengah hari Sabtu.
Qanoua berkata terdapat “tanda-tanda positif” mengenai komitmen Israel terhadap perjanjian gencatan senjata.
“Hamas komited dengan apa yang dicapai, tetapi tidak akan menerima sebarang pelanggaran Israel yang mungkin mengganggu proses pertukaran,” katanya.
Hamas berkata delegasi, yang diketuai oleh pemimpinnya di Gaza, Khalil al-Hayya mengadakan perbincangan dengan pengantara Mesir dan Qatar untuk membincangkan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata.
“Delegasi kami menumpukan dalam mesyuarat dan komunikasi mengenai keperluan untuk mematuhi dan melaksanakan semua syarat perjanjian, terutamanya dalam mendapatkan perumahan untuk rakyat kami dan memastikan penghantaran segera karavan, khemah, peralatan berat, bekalan perubatan, bahan api dan aliran berterusan bantuan dan semua peruntukan yang dinyatakan dalam perjanjian itu.”
Perbincangan menandakan semangat positif sementar pengantara Mesir dan Qatar pula mengetengahkan keperluan untuk terus berusaha menghapuskan halangan dan merapatkan jurang,” katanya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked