Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENIAGA WANITA ‘COD’ MAKANAN DIPERCAYAI DIBUNUH, MAYAT DITEMUKAN DI TEPI SUNGAI

DALAM NEGARA

PENIAGA WANITA ‘COD’ MAKANAN DIPERCAYAI DIBUNUH, MAYAT DITEMUKAN DI TEPI SUNGAI

Mayat seorang peniaga makanan wanita ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, di Kuantan semalam.

KUANTAN: Mayat seorang peniaga makanan wanita ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, di sini semalam.

ARTIKEL BERKAITAN – SUSPEK KES BUNUH WANITA ‘COD’ MAKANAN DIKENAL PASTI – POLIS

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu dalam kenyataan berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 12.45 tengah hari.

Beliau berkata bertindak atas maklumat yang diperoleh, sepasukan polis bersama pakar patologi forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian dan mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh wanita itu. 

“Siasatan mendapati mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia 37 tahun yang tinggal di daerah Kuantan serta merupakan seorang peniaga makanan.

“Menurut saksi, mangsa datang ke kawasan tempat kejadian untuk menjalankan urus niaga secara hantaran (COD) kira-kira 7.30 malam semalam,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: SUSPEK KES BUNUH WANITA ‘COD’ MAKANAN DIKENAL PASTI – POLIS – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading