Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HAMAS DESAK MAJLIS KESELAMATAN PBB AMBIL ‘LANGKAH SEGERA’ HENTIKAN SERANGAN ISRAEL KE ATAS RAFAH

DUNIA

HAMAS DESAK MAJLIS KESELAMATAN PBB AMBIL ‘LANGKAH SEGERA’ HENTIKAN SERANGAN ISRAEL KE ATAS RAFAH

Hamas menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tindakan segera untuk menghentikan serangan berterusan Israel di Rafah di selatan Semenanjung Gaza.

Gambar fail (AFP)

ISTANBUL: Hamas pada Selasa menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tindakan segera untuk menghentikan serangan berterusan Israel di Rafah di selatan Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan, kumpulan Palestin itu mendesak majlis berkenaan “untuk memenuhi tanggungjawab undang-undang dan moralnya susulan pengabaian Israel terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa.”

Mahkamah yang berpusat di The Hague pada minggu lepas mengarahkan Israel segera menghentikan operasi ketenteraannya di Rafah, menempatkan lebih sejuta rakyat Palestin yang mencari perlindungan daripada perang sebelum ia diserang pada 6 Mei.

Hamas memberi amaran bahawa serangan Israel di Rafah berisiko menyebabkan genosid di bandar kecil itu.

Kereta kebal Israel tiba di pusat bandar Rafah pada Selasa di tengah-tengah serangan darat ke atas bandar itu.

Hampir 36,100 rakyat Palestin telah terbunuh dan lebih 81,000 cedera dalam serangan Israel sejak perang bermula lebih tujuh bulan lepas. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading