HAMAS KELUARKAN SENARAI NAMA RAKYAT PALESTIN YANG AKAN DIBEBASKAN PADA SABTU
Kumpulan Palestin Hamas, pada Jumaat mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel.
Gambar daripada Pejabat Media Hamas pada 30 Januari 2025, menunjukkan militan dan orang awam Hamas Palestin berkumpul di sekitar konvoi Palang Merah di Jabalia semasa penyerahan tentera Israel Agam Berger (tidak dalam gambar) yang menjadi tebusan di Gaza sejak Oktober 2023 , sebagai sebahagian daripada pertukaran tebusan-banduan ketiga.
Gambar FAIL (AFP)
ANKARA: Kumpulan Palestin Hamas, pada Jumaat mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
Dalam kenyataan, Pejabat Maklumat Tahanan yang dikendalikan Hamas menyatakan bahawa mereka yang akan dibebaskan termasuk 18 individu yang menjalani hukuman penjara seumur hidup, 54 menjalani hukuman jangka panjang, serta 111 warga Palestin dari Gaza yang ditahan selepas 7 Okt 2023.
Menurut kenyataan itu, daripada jumlah yang akan dibebaskan pada Sabtu, 54 merupakan anggota Fatah, lapan anggota Hamas, enam anggota Jihad Islam, dua anggota Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin (PFLP) dan dua lagi anggota Barisan Demokratik bagi Pembebasan Palestin (DFLP).
Ia turut menyatakan bahawa tujuh daripada tahanan itu akan diusir selepas dibebaskan dari penjara Israel.
Terdahulu pada Jumaat, Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, mengumumkan nama tiga tahanan Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu.
“Sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tahanan Banjir Al-Aqsa, Briged Al-Qassam telah memutuskan untuk membebaskan tiga tahanan Israel pada Sabtu, 2 Feb 2025: Ofer Calderon, Keith Samuel Siegel dan Yarden Bibas,” kata jurucakap Abu Ubeida.
Di bawah fasa pertama perjanjian selama 42 hari itu, seramai 33 tahanan Israel akan dibebaskan sebagai pertukaran bagi kira-kira 1,700 hingga 2,000 tahanan Palestin.
Hamas sebelum ini membebaskan tiga tahanan Israel dan lima warga Thailand di Gaza pada Khamis, manakala Israel membebaskan 110 tahanan Palestin. Ia merupakan pertukaran ketiga sejak perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuat kuasa pada 19 Jan.
Serangan Israel telah mengorbankan lebih 47,400 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, di Gaza sejak 7 Okt 2023. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked