KUALA LUMPUR: Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata daripada jumlah tersebut, kira-kira 27 peratus adalah jemaah daripada golongan B40, 60 peratus daripada golongan M40 dan selebihnya adalah daripada golongan T20.
“Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengeluarkan surat tawaran kepada 31,600 bakal jemaah untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 1446H/2025M dan proses semakan serta penerimaan tawaran boleh dilakukan melalui portal THiJARI,” katanya dalam jawapan bertulis di portal Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) yang ingin tahu jumlah tawaran haji dan penerima mengikut kategori T20, M40 dan B40 bagi tahun 1446H.
Dalam jawapan berasingan, Moha Na’im berkata Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sedang mempertimbangkan permohonan Malaysia untuk tambahan kuota sebanyak 10,000 bagi membolehkan lebih ramai umat Islam Malaysia dapat menunaikan haji untuk musim 1446H/2025M.
Beliau berkata pada masa kini, kerajaan masih menunggu maklum balas daripada pihak Kerajaan Arab Saudi berkenaan permohonan tersebut.
“Kerajaan Malaysia melalui TH menyambut baik keputusan Kerajaan Arab Saudi untuk memberi kuota penuh sebanyak 31,600 kepada Malaysia untuk musim haji tahun 1446H/2025M melalui pemeteraian Memorandum Urusan Haji bersama pihak Kerajaan Arab Saudi bagi memperkukuhkan lagi kerjasama strategik kedua-dua pihak terutamanya dalam pengurusan haji untuk musim ini.
“Memorandum ini menjadi bukti komitmen kerajaan melalui TH dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada para bakal dhuyufurrahman khusus untuk musim haji kali ini,” katanya bagi menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai jumlah kuota haji.
Mohd Na’im berkata Malaysia juga menyatakan persetujuan untuk mematuhi garis panduan dari Kementerian Haji dan Umrah, Arab Saudi berkaitan ketibaan dan pergerakan pulang melalui lapangan terbang Madinah dan Jeddah.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked