HAMPIR 70 TERKORBAN – TAUFAN HAGIBIS

TOKYO : Operasi menyelamat masih diteruskan susulan Taufan Hagibis yang pada ketika ini telah meragut hampir 70 nyawa serta mengakibatkan kerosakan yang begitu teruk.

Menurut stesen penyiaran awam NHK, angka kematian Taufan Hagibis kini mencecah hampir 70 orang manakala berpuluh lagi mangsa telah dilaporkan hilang.

Kerajaan Jepun mengesahkan angka kematian yang lebih rendah namun pihaknya masih mengemaskini maklumat.

Perdana Menteri, Shinzo Abe berkata, tiada rancangan untuk memperlahankan operasi menyelamat dimana telah disertai lebih daripada 110, 000 anggota polis, pengawal pantai, anggota bomba dan tentera.

“Hingga kini operasi mencari dan menyelamat di kawasan terjejas masih diteruskan.

“Sementara itu kerja pembaikan sedang dijalankan di kawasan di mana air sungai melimpah dan air sedang dipam keluar dari kawasan dilanda banjir,” kata Abe.

SUMBER FOTO AGENSI

Menurut laporan yang diterima agensi, pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa lebih daripada 3,000 orang telah diselamatkan susulan bencana yang 36 wilayah.

Pihak kerajaan mengeluarkan amaran bahawa kerajaan turut memberi amaran hujan lebat dijangka turun sepanjang hari ini di beberapa kawasan terjejas akibat Taufan Hagibis.

Difahamkan, sehingga kini kira-kira 34,000 kediaman masih bergelap dan 133,000 yang lain ketiadaan bekalan air sementara ribuan mangsa masih menghuni pusat perlindungan kerajaan dan ramai tidak pasti bila mereka akan dapat pulang ke rumah masing-masing.

Taufan Hagibis membadai Jepun dengan angin kuat mencecah 216 kilometer sejam berserta hujan lebat yang menyebabkan tanah runtuh dan puluhan tebing sungai pecah sekali gus mengakibatkan sebahagian besar kerosakan. — AGENSI

Leave a Reply