HARI TERAKHIR TOL RAHMAH PERCUMA

Gambar ARKIB. Sumber BERNAMA

KUALA LUMPUR: Hari ini (Isnin) merupakan hari terakhir pemberian Tol RAHMAH percuma yang ditawarkan kepada semua pengguna lebuh raya bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tawaran tersebut bermula bermula 12.01 pagi tadi sehingga 11.59 malam nanti yang melibatkan 33 lebuh raya di seluruh negara, bagi semua kelas kenderaan.

Sementara itu, PLUS Trafik dalam ciapannya meminta pengguna lebuh raya memastikan baki kad Touch n Go dan e-Wallet adalah mencukupi sebelum memasuki lebuh raya.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan tol RAHMAH percuma selama empat hari pada 19 April (Rabu) hingga 21 April (Jumaat) dan juga pada 24 April (Isnin) untuk perjalanan pulang semula ke kampung halaman masing-masing.–AlHijrah Online

Leave a Reply