HILANG HABITAT, KURANG SUMBER MAKANAN ANTARA FAKTOR PENINGKATAN SERANGAN BUAYA DI SABAH
Prof Benoit Goossen berkata, walaupun membunuh beberapa buaya di sesuatu kawasan boleh menimbulkan rasa selamat kepada pengguna sungai, buaya baharu akan menggantikan reptilia yang mati itu dan bahaya akan berterusan.
KOTA KINABALU: Kehilangan habitat dan kekurangan sumber makanan bersaiz besar berkemungkinan antara sebab serangan buaya semakin meningkat di Sabah.
Prof Benoit Goossens, seorang ahli Suruhanjaya Kemandirian Khas Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) berkata walaupun membunuh beberapa buaya di sesuatu kawasan boleh menimbulkan rasa selamat kepada pengguna sungai, buaya baharu akan menggantikan reptilia yang mati itu dan bahaya akan berterusan.
Goossens yang juga Pengarah Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) berkata lebih banyak kesedaran diperlukan di kawasan yang mempunyai populasi buaya yang tinggi dengan menganjurkan bengkel bersama masyarakat tempatan dan pekerja ladang yang memancing di sepanjang Sungai Kinabatangan.
“Bagi saya, faktor yang menyebabkan konflik manusia-buaya ialah kehilangan habitat dan kekurangan mangsa besar seperti babi hutan akibat wabak selesema babi Afrika. Buaya besar yang menyerang manusia biasanya memakan mangsa bersaiz besar seperti khinzir dan rusa.
“Apabila populasi babi hutan kembali (ada), kita perlu mencadangkan kepada orang ramai agar mengelak mandi di sungai utama yang ada kehadiran buaya dan tidak memancing di tebing sungai selama berjam-jam, kerana buaya ialah pemangsa serang hendap,” katanya kepada Bernama.
Baru-baru ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mencadangkan bahawa Sabah perlu mengeluarkan permit untuk memburu buaya secara terkawal bagi menangani isu populasi reptilia itu yang tinggi di Sabah.
Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag turut mendesak kerajaan negeri untuk mewujudkan peraturan atau pengawalan terhadap penghapusan dan pemburuan buaya secara komersial, sama seperti yang dilakukan di Sarawak.
Beliau membuat saranan itu susulan kematian melibatkan seorang wanita yang diserang oleh seekor buaya di daerah Kinabatangan pada 30 Julai lepas.
Pada 11 Sept, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai kepala mangsa yang dipercayai disambar buaya ketika cuba menyeberang Sungai Seguntur di kawasan setinggan dekat Taman Kenari, Sandakan pada 9 Sept, kes terbaharu konflik antara manusia dengan buaya di negeri ini.
Goossens berkata DGFC telah menjalankan tinjauan di seluruh negeri pada 2019 hingga 2020 untuk Jabatan Hidupan Liar Sabah bagi kajian penemuan yang tidak merugikan (NDF).
DGFC ialah kemudahan kajian dan latihan kerjasama yang ditubuhkan di Kawasan Perlindungan Hidupan Liar Hilir Kinabatangan dan diuruskan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Cardiff University.
Beliau berkata kajian DGFC adalah untuk menilai sama ada pemburuan secara komersial dan mampan tidak akan menjejaskan populasi buaya di Sabah.
“Hasil kajian kami mencadangkan bahawa dalam tempoh 20 tahun lepas, tiada bukti ketara tentang peningkatan dalam saiz populasi keseluruhan buaya di Sabah dan tidak mungkin menjadi faktor penentu dalam sebarang peningkatan laporan konflik manusia-buaya.
“Hasil NDF juga jatuh di atas ambang yang menunjukkan bahawa pemburuan (walaupun pemburuan terkawal) akan menjejaskan populasi buaya di negeri ini.
“Satu-satunya pemburuan buaya yang mampan adalah di Sungai Kinabatangan, membolehkan pemburuan maksimum lima ekor buaya dewasa setahun di sungai itu,” katanya menambah pemburuan di sungai lain di Sabah boleh menjejaskan populasi buaya.
Pada masa ini, buaya air masin ialah spesies dilindungi di Sabah dan pada 2016, Malaysia memindahkan status buaya air masin itu daripada Lampiran I kepada II, dengan pemburuan liar dihadkan kepada Sarawak dan sifar kuota untuk spesimen liar bagi negeri lain di Malaysia termasuk Sabah. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager