IAIS MALAYSIA RAYU 19 PEMIMPIN AGAMA DUNIA SOKONG GENCATAN SENJATA DI GAZA
Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia Prof Dr Maszlee Malik telah mengutuskan surat kepada 19 pemimpin agama global, merayu kebijaksanaan dan pengaruh mereka untuk menyokong gencatan senjata segera di Gaza.
KUALA LUMPUR: Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia Prof Dr Maszlee Malik telah mengutuskan surat kepada 19 pemimpin agama global, merayu kebijaksanaan dan pengaruh mereka untuk menyokong gencatan senjata segera di Gaza.
Maszlee berkata surat-surat berkenaan antara lain ditujukan kepada tokoh-tokoh berpengaruh termasuk Mufti Besar Arab Saudi, Presiden Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa, Imam Besar Al-Azhar, Pope Francis, Dalai Lama, Ayatollah Ali Khamenei, Patriark Ekumenikal Bartholomew I, Uskup Agung Canterbury, Ketua Rabbi Ephraim Mirvis.
Beliau berkata kandungan surat-surat berkenaan meminta mereka menggunakan pengaruh masing-masing untuk mendesak keamanan dan bantuan kemanusiaan di Gaza.
“Tahap krisis kemanusiaan yang teruk menuntut penyatuan usaha untuk menghentikan pembunuhan kanak-kanak dan orang awam, menamatkan pengeboman hospital dan sekolah dan menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Maszlee berkata IAIS Malaysia akan terus meningkatkan diplomasi agama sebagai satu cara untuk mempromosi keamanan dan kemampanan global.
Organisasi itu memahami pentingnya kerjasama antara agama dan peranan penting yang dimainkan oleh pemimpin agama dalam memupuk perpaduan dan toleransi dalam kalangan masyarakat yang pelbagai, katanya.
Maszlee berkata gesaan untuk gencatan senjata berakar umbi dalam prinsip belas kasihan, dialog, dan usaha mencari keadilan – tonggak yang sangat penting dalam agenda nasional MADANI, yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata IAIS Malaysia komited untuk memajukan agenda ini, dengan ‘Ihsan’ merupakan tonggak pentingnya.
“Promosi belas ihsan dan empati, tonggak kepada agenda MADANI, merupakan keutamaan kami dalam menggesa gencatan senjata di Gaza. Kami yakin bahawa nilai-nilai ini penting dalam membina jambatan, memupuk persefahaman, dan akhirnya menyumbang kepada dunia yang lebih aman, damai dan harmoni,” katanya.
IAIS Malaysia tidak berbelah-bahagi dalam komitmennya untuk menyokong keamanan, toleransi dan dialog antara agama, kata Maszlee, sambil menambah bahawa institusi itu menggalakkan penglibatan dan kerjasama para pemimpin agama di seluruh dunia untuk mewujudkan dunia yangh ihsan, harmoni dan aman.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager