Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IBU SAUDARA DITAHAN BANTU KES KANAK-KANAK DIPUKUL GUNA TUKUL

DALAM NEGARA

IBU SAUDARA DITAHAN BANTU KES KANAK-KANAK DIPUKUL GUNA TUKUL

Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kes kanak-kanak lelaki parah dipukul dengan objek dipercayai tukul di Jalan Pasar Jelawat, Bachok, petang semalam.

KOTA BHARU: Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kes kanak-kanak lelaki parah dipukul dengan objek dipercayai tukul di Jalan Pasar Jelawat, Bachok, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok DSP Mohd Azrie Sulaiman berkata wanita berusia 36 tahun yang juga ibu saudara kanak-kanak berusia tujuh tahun itu ditahan sejurus kejadian dan dia disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan serta Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Mangsa kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian selepas disahkan mengalami kecederaan serius di kepala akibat hentakan objek tumpul.

“Hasil siasatan turut mendapati suspek utama adalah bapa saudara mangsa berusia 46 tahun yang melarikan diri menaiki motosikal sebelum ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tergantung pada sebatang pokok ru di Pantai Melawi, Bachok, kira-kira 8.30 malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azrie berkata siasatan awal menunjukkan lelaki itu mengalami masalah halusinasi dan memiliki rekod penyalahgunaan dadah. 

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menjejaskan sensitiviti keluarga mangsa.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading