IBU TUNGGAL DAN RAKAN MENGAKU SALAH ANIAYA, ABAI ANAK
JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal dan rakan wanitanya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak lelakinya berumur tujuh tahun di Pasir Gudang di sini.
Ibu tunggal dan rakan wanitanya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak lelakinya berumur tujuh tahun. — Bernama
JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal dan rakan wanitanya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak lelakinya berumur tujuh tahun di Pasir Gudang di sini.
Wanita itu yang berumur, 27, dan rakannya warga Singapura berumur, 30, menukar pengakuan kepada bersalah, ketika sebutan kes berkenaan hari ini.
Hakim VM Mabel Sheela kemudian menetapkan 10 Okt untuk mendengar fakta kes, sebelum menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua mereka.
Bagi pertuduhan pertama mereka didakwa dengan niat bersama menganiaya kanak-kanak berkenaan yang berada di bawah jagaan mereka sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.
Pertuduhan kedua pula, kedua-dua wanita itu yang masing-masing seorang suri rumah dan juruteknik di sebuah kilang itu didakwa dengan niat bersama mengabaikan kanak-kanak berkenaan yang di bawah penjagaan mereka.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Bandar Layang Kasa, Pasir Gudang antara 1 Julai hingga 9 Ogos lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Diyana Zubir manakala peguam Abd Rahim Ali mewakili kedua-dua tertuduh.
Mahkamah turut mengekalkan ikat jamin suri rumah itu sebanyak RM15,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin, dan ikat jamin juruteknik itu iaitu RM20,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan.
Mahkamah juga mengekalkan syarat tambahan dengan kedua-dua wanita terbabit perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai dan diberi amaran supaya tidak boleh mengganggu mangsa.
Pada 16 Ogos lepas, kedua-dua wanita itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan kanak-kanak lelaki itu.
Abd Rahim ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata sehingga kini ahli keluarga atau kenalan bagi kedua-dua anak guamnya tidak membayar wang jaminan sejak mereka dituduh. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked