Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IDENTITI PEMANDU RENTUNG DI LEBUHRAYA GUTHRIE DIKENAL PASTI

DALAM NEGARA

IDENTITI PEMANDU RENTUNG DI LEBUHRAYA GUTHRIE DIKENAL PASTI

Identiti pemandu Mazda berwarna merah ditemukan rentung dipercayai selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terbakar di kilometer 3.6 Lebuhraya Guthrie awal pagi semalam dikenal pasti sebagai seorang pengurus jualan.

SHAH ALAM: Identiti pemandu Mazda berwarna merah ditemukan rentung dipercayai selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terbakar di kilometer 3.6 Lebuhraya Guthrie awal pagi semalam dikenal pasti sebagai seorang pengurus jualan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pengecaman dibuat oleh bapa mangsa yang mengesahkan kereta tersebut milik syarikatnya sendiri dan kenderaan itu hanya dipandu anaknya.

“Mangsa berumur 40 tahun memandu kereta yang didaftarkan atas nama syarikat telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana turut terbakar bersama kenderaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, seorang pemandu Mazda ditemukan rentung dipercayai selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terbakar di sebelah kiri penghadang jalan di Lebuhraya Guthrie dari Shah Alam sebelum tol Bukit Jelutong. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading