Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PH BUAT PERUBAHAN KECIL CALON SUSULAN PENGUMUMAN BN

DALAM NEGARA

PH BUAT PERUBAHAN KECIL CALON SUSULAN PENGUMUMAN BN

Pakatan Harapan (PH) akan melakukan perubahan kecil ke atas senarai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan pengumuman barisan calon Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Seri Anwar Ibrahim –fotoBERNAMA

KLANG: Pakatan Harapan (PH) akan melakukan perubahan kecil ke atas senarai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan pengumuman barisan calon Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata walaupun PH telah mengumumkan calon mereka namun beliau akan berbincang dengan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Amanah Mohamad Sabu susulan pengumuman yang dibuat BN malam tadi.

“Terdapat beberapa perubahan kecil berdasarkan pengumuman BN,” katanya pada sidang media selepas melancarkan manifesto PH bagi PRU15 di sini hari ini.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi mengumumkan calon gabungan itu yang bertanding di Semenanjung Malaysia pada pilihan raya akan datang, termasuk dirinya untuk mempertahankan kerusi Bagan Datuk dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri di Bera.

Ditanya adakah PH tergugat dengan calon yang diumumkan BN dan Perikatan Nasional (PN), Anwar berkata: “Tidak.”

Mengenai jumlah kerusi yang disasarkan oleh PH untuk menang dalam pilihan raya umum kali ini, Anwar berkata PH menyasarkan untuk memperoleh 112 kerusi dengan majoriti mudah.

“Kami agak realistik…untuk mendapatkan majoriti mudah. Dan insya-Allah dengan kempen berterusan dan tahap sokongan yang kami saksikan, rakyat lebih bersemangat dan teruja untuk menyokong PH,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading