Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA WARGA MALAYSIA DILAPORKAN TERKORBAN DALAM INSIDEN REMPUHAN DI ITAEWON – SAIFUDDIN

DALAM NEGARA

TIADA WARGA MALAYSIA DILAPORKAN TERKORBAN DALAM INSIDEN REMPUHAN DI ITAEWON – SAIFUDDIN

Bagaimanapun seorang warganegara Malaysia yang dilaporkan cedera dalam insiden itu menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Universiti Joogang, Seoul dan kini berada dalam keadaan stabil.

Gambar kiri : Datuk Seri Saifuddin Abdullah

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan sehingga kini, tiada warganegara Malaysia yang dilaporkan terkorban dalam insiden rempuhan di Itaewon, Korea Selatan pada Sabtu lepas.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Abdullah, bagaimanapun berkata seorang warganegara Malaysia yang dilaporkan cedera dalam insiden itu menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Universiti Joogang, Seoul dan kini berada dalam keadaan stabil.

Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah menghubungi beliau bagi mendapatkan perkembangan terkini dengan menghulurkan bantuan konsular termasuk memudahcara urusan perjalanan ibu dan bapa beliau ke Korea.

“Kedutaan Besar Malaysia di Seoul akan terus memantau insiden itu dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan.

Warganegara Malaysia yang terjejas akibat insiden berkenaan dan memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Seoul melalui telefon: 00(822) 795 9203 / 2077-8600, +82 010 8974 8699 (kecemasan konsular selepas pukul 5 petang/cuti umum) atau E-mel : mwseoul@kln.gov.my.

Lebih 150 orang terbunuh dalam rempuhan maut semasa sambutan Halloween di daerah Itaewon, Seoul pada Sabtu lepas.

Seorang pelajar Thailand berusia 27 tahun yang ke Korea Selatan untuk belajar bahasa Korea adalah antara yang terbunuh ketika insiden itu. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading