Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IMAM DILANGGAR KERETA SELEPAS SOLAT RAYA

DALAM NEGARA

IMAM DILANGGAR KERETA SELEPAS SOLAT RAYA

Imam masjid yang dilanggar sebuah pacuan empat roda semasa pulang selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Jalan Parit Haji Yusof, Benut di sini pagi semalam, dilaporkan selamat.

PONTIAN: Imam masjid yang dilanggar sebuah pacuan empat roda semasa pulang selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Jalan Parit Haji Yusof, Benut di sini pagi semalam, dilaporkan selamat.

Ketua Polis Daerah Pontian, Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, mangsa berusia 39 tahun yang cedera di bahagian mulut menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.

Sementara itu, pemandu pacuan empat roda yang merupakan lelaki berusia 33 tahun ditahan untuk siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan, sementara kertas siasatan dilengkapkan.

Saringan air kencing terhadap pemandu didapati negatif dadah.

Polis semalam telah menerima laporan pada petang semalam berikutan video tersebut tular di media sosial.

“Orang awam diminta tidak membuat spekulasi negatif terhadap insiden kemalangan tersebut kerana polis sudah menjalankan siasatan terperinci dan tndakan undang-undang akan diambil sekiranya menyebarkan berita tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading