Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IMAM MASJID SHAH ALAM MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

IMAM MASJID SHAH ALAM MENINGGAL DUNIA

Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS), Abdul Aziz Muhamad Shahar, dilaporkan meninggal dunia, pada Selasa 11 Feb.

SHAH ALAM: Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS), Abdul Aziz Muhamad Shahar, dilaporkan meninggal dunia, pada Selasa 11 Feb.

Perkhabaran duka tersebut dimaklumkan menerusi kenyataan di Facebook MSSAAS, malam tadi.

Difahamkan jenazah Allahyarham telah dibawa ke MSSAAS selepas solat Isyak malam tadi.

“Jenazah Allahyarham akan dimandikan serta dikafankan pada Rabu 12 Feb selepas solat Subuh.

“Kemudian solat jenazah Allahyarham akan diadakan sekitar jam 8 pagi sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam untuk dikebumikan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Mufti Wilayah Persekutuan (Bahagian Penyelidikan) Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed menyifatkan Allahyarham seorang insan yang berakhlak mulia juga tawaduk.

“Seorang Ahlul Quran telah kembali ke rahmatullah. Ustaz Abdul Aziz seorang insan yang berakhlak mulia dan tawadduk. Allah SWT lebih menyayangi beliau,” katanya ringkas di Facebooknya.

Akademi Muazzin turut mengucapkan takziah ke atas pemergian Allahyarham yang telah banyak berjasa dalam bidang al-Quran.

“Semoga Allah kurniakan al-marhum ustaz dengan syurga atas usahanya tanpa henti memartabatkan Al-Quran dan melahirkan para huffaz di dunia ini,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading