Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LIMA KENDERAAN TERBAKAR DALAM KEJADIAN KEBAKARAN GERAI MERCUN

UTAMA

LIMA KENDERAAN TERBAKAR DALAM KEJADIAN KEBAKARAN GERAI MERCUN

Lima buah kenderaan terbakar dalam kejadian kebakaran gerai mercun di Jalan Dataran Cheras 6, di Cheras, malam tadi. 

CHERAS: Lima buah kenderaan terbakar dalam kejadian kebakaran gerai mercun di Jalan Dataran Cheras 6, di sini, malam tadi. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9:53 malam tadi sebelum mengerahkan anggota dan jenteranya ke lokasi kejadian. 

Katanya, kejadian melibatkan sebuah gerai mercun yang terbakar sepenuhnya hingga api merebak ke lima buah kenderaan. 

“Tiga buah buah kereta yang terbakar adalah Toyota Vellfire yang terbakar 95 peratus; Perodua Bezza 80 peratus; dan Proton Saga 40 peratus. 

“Turut terbakar dua buah motosikal iaitu Yamaha Y15 yang terbakar 50 peratus dan Honda EX5 terbakar 95 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Tambahnya, punca kebakaran berlaku masih lagi dalam siasatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading