Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TURKIYE SERU BANTUAN LEBIH KUKUH, PENYELESAIAN BERKEKALAN BAGI PALESTIN DAN SYRIA

DALAM NEGARA

TURKIYE SERU BANTUAN LEBIH KUKUH, PENYELESAIAN BERKEKALAN BAGI PALESTIN DAN SYRIA

PUTRAJAYA: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menyeru bantuan kemanusiaan yang lebih kukuh untuk Gaza dan Syria sambil menekankan keperluan untuk penyelesaian yang berkekalan bagi krisis di kedua-dua wilayah berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersalaman dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan selepas sidang media bersama di Kompleks Seri Perdana hari ini. — Bernama

PUTRAJAYA: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menyeru bantuan kemanusiaan yang lebih kukuh untuk Gaza dan Syria sambil menekankan keperluan untuk penyelesaian yang berkekalan bagi krisis di kedua-dua wilayah berkenaan.

Erdogan berkata bantuan kewangan dan kemanusiaan untuk Gaza kekal penting, sambil menegaskan bahawa Turkiye bersedia menyalurkan bantuan yang diperlukan.

“Apa jua bentuk bantuan diperlukan dalam jangka panjang, dan kami berupaya untuk menyediakannya.

“Perbincangan kami juga tertumpu kepada Syria, yang mengalami kemusnahan besar sehingga negara itu amat memerlukan usaha pembinaan semula,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seri Perdana pada Selasa.

Beliau turut menekankan keperluan kerjasama antarabangsa dalam menangani krisis kemanusiaan.

“Melalui usaha bersama, kita boleh berusaha membina semula infrastruktur Syria. Pihak berkaitan akan meneliti senario yang berpotensi, dan kami akan bertindak sewajarnya,” katanya.

Terdahulu, Erdogan menyaksikan pertukaran 11 Memorandum Persefahaman (MoU) antara Turkiye dan Malaysia yang merangkumi bidang utama seperti peralihan tenaga, pengurusan bencana, pertahanan, perdagangan dan kerjasama media.

Erdogan tiba di Malaysia pada Isnin untuk lawatan rasmi dua hari atas jemputan Anwar. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading